Khamis, 11 Disember 2014

AWAS: GULA-GULA DAP CUKUP MENYAKINKAN RAKYAT ???

Menambat hati rakyat JOHOR !!! untuk PRU 14.

DAP akan terus membantu rakyat untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) meskipun sering menggembar-gemburkan bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat itu sebagai ‘gula-gula politik’ Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini berkata, di Johor jentera parti itu sentiasa memberikan bantuan untuk perkhidmatan mengisi borang BR1M.


“Saya juga ada bantu rakyat di kawasan saya, saya pergi ke kedai kopi untuk bantu sebab ramai yang dapat bantuan ini warga emas, Ahad lepas juga saya ada buat begini.

“Saya akui ini satu ‘gula-gula politik’, tetapi itu tetap hak rakyat, kalau mereka layak untuk menerimanya mengapa tidak kami bantu mereka untuk mendapatkannya,” kata Teo ketika diminta mengulas berkenaan gambar di Facebook DAP Johor yang dimuat naik Selasa lalu.

Gambar itu memaparkan kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Rinting menjalankan khidmat bergerak untuk membantu rakyat Johor mengisi borang BR1M.

Ia dimuat naik di akaun Facebook ADUN DAP Pengkalan Rinting, Cheo Yee How pada 8 Disember lalu, dan turut dikongsi di laman Facebook DAP Johor.

DAP sebelum ini adalah parti yang lantang mempertikai pemberian BR1M oleh kerajaan BN dengan menyifatkannya sebagai ‘gula-gula politik’.

Malah parti itu juga beranggapan bahawa pemberian BR1M adalah bagi meraih sokongan daripada rakyat terutamanya menjelang pilihan raya umum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...