Translate

15/09/2014

NELAYAN PANTAI PUNCA KEMUSNAHAN KHAZANAH LAUT ?


MARANG - Khazanah laut perlu dijaga dengan rapi bagi memulihkan tempat pembiakan ikan yang kian pupus dari masa kesemasa jika tidak dijaga dengan baik.

Tetapi sebaliknya apa yang berlaku, rata-rata nelayan pantai menyalahkan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan ke atas bot-bot pukat tunda yang mencerobohi perairan atau kawasan yang ditentukan.

Namun begitu, kesalahan sendiri yang dilakukan oleh para nelayan pantai tidak disedari, hanya menuding jari kepada pihak-pihak lain.

Contohnya NELAYAN PUKAT KAYA. Ribuan tukun serta unjam yang disediakan oleh pihak kerajaan musnah dalam tempoh jangka masa yang begitu singkat.

Jutaan ringgit kerajaan telah membelanjakan untuk meninggikan pendapatan nelayan pantai. Namun masih lagi tidak nampak serta menyalahkan pihak kerajaan tidak mengambil tindakan yang lebih drastik untuk menyelamatkan khazanah laut.

Pada tahun 2007 kerajaan Terengganu telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menyediakan ratusan UNJAM TIRUAN yang dibuangkan jarak 3 batu nautika berhampiran dengan pantai KELULUT, Marang.

Dalam tempoh 3 bulan saja kesemua unjam-unjam tersebut musnah kerana jaring pukat kaya tersangkut di unjam serta hilang di dasar laut kerana kesemua pelampung di potong oleh nelayan sendiri yang tamak untuk mengaut hasil secara sendirian.

Puluhan bot-bot vietnam telah ditenggelamkan dipersekitaran Pulau Kapas untuk dijadikan tukun, namun tinggal nama saja. 

Kesemua UNJAM DAN TUKUN didapati kesemuanya diumpamakan MATI tiada berpenghuni kerana diselubungi dengan jaring-jaring nelayan PUKAT KAYA

Pihak Jabatan Perikanan perlu mengambil langkah yang lebih tegas kepada NELAYAN PUKAT KAYA yang selama menjadi PUNCA kemusnahkan khazanah laut.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...