Jumaat, 9 Ogos 2013

HAI...HAI...HAI PEMANDU TEKSI PUN ADA PISTOL ????

Gambar hiasan

Pemandu teksi tertembak tangan sendiri

Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi yang memiliki pistol secara haram terbongkar selepas dia tertembak tangannya sendiri dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, akibat takut ditahan atas kesalahan memiliki pistol lelaki berkenaan menggunakan alasan pistol berkenaan ditemui di dalam teksinya yang didakwa ditinggalkan seorang pelanggan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur , Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Desa Sri Hartamas itu, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai baru selesai membawa penumpang ke lokasi berkenaan untuk mengutip hasil jualan harian. 

Katanya, berdasarkan keterangan lelaki itu selepas menghantar pelanggannya, dia ke tempat duduk penumpang untuk mengambil minuman sebelum terjumpa sebuah beg sandang hitam.

"Kemudiannya, lelaki itu cuba mengeluarkan pistol dalam beg berkenaan dan dalam proses buka magazine pistol, dia terlepas satu das tembakan.

"Tembakan itu menembusi tapak tangan kiri dan slug peluru tersangkut pada paha kaki kiri mangsa," katanya kepada media. 

Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan kecemasan. 

Katanya, pembedahan dijalankan jam 12.40 petang dan kini dia dilaporkan stabil. 

Ku berkata, pihaknya percaya pistol berkenaan sebenarnya milik pemandu teksi itu dan menggunakan alasan milik pelanggan akibat takut.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...