Translate

31/07/2013

Kes bunuh guna senjata api fenomena baharu atau disebaliknya ???

Memang benar apa yang telah diperkatakan oleh Bekas  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan dan mungkin juga bekas Pengarah JSJ sebelum daripada ini dengan menyatakan perkara-perkara seperti itu jarang berlaku pada zaman beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), di mana kes tembakan sering kali disabitkan sebagai samun atau rompakan.

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang semakin berleluasa sekarang merupakan fenomena baharu dan mungkin melibatkan 'pembunuh upahan', kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Tan Sri Zaman Khan.

Beliau berkata, kes jenayah kini tidak lagi berunsur rompakan atau samun tetapi bermotifkan isu peribadi, dan modus operandi penjenayah terbabit dirancang dengan rapi.

Malah, beliau juga menyatakan perkara-perkara seperti itu jarang berlaku pada zaman beliau berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), di mana kes tembakan sering kali disabitkan sebagai samun atau rompakan.

"Kepada saya ini merupakan satu fenomena yang baharu, masa saya berkhidmat, perkara macam ini, ada juga tetapi bukan macam kekerapan yang berlaku (sekarang), malah semalam sahaja, dua orang ke tiga orang ditembak," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama TV di sini hari ini.

"Saya percaya perkara ini memang hitman itu, kerana cara-cara mereka menembak pun nak menentukan orang yang mereka tembak itu mati cepat," kata beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Penjara dan sinonim dengan kes jenayah berprofil tinggi.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan perlu merangka undang-undang untuk membenarkan pihak polis menahan suspek tanpa dibicara seperti Ordinan Darurat 1969 yang dimansuhkan pada 2011 kerana undang-undang seperti itu perlu ada dalam menjamin keselamatan rakyat.

Katanya, ia merupakan langkah yang berkesan dalam menangani jenayah berat, terancang dan berkumpulan.

Malah beliau berkata undang-undang sedemikian bukan untuk menindas masyarakat ataupun menganiayai mereka, tetapi bertujuan dalam mengawal cengkaman penjenayah. - BERNAMA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...