Isnin, 29 Julai 2013

Kenapa Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man cepat sangat nak melenting ????

TIDAK ADA ANGIN TAKKAN LAH POKOK BERGOYANG, TAPI TAK TAU LAH MUNGKIN DIGOYANG OLEH DATUK TUAN IBRAHIM ???

KUALA LUMPUR: Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah, ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Oleh itu, tegasnya PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya. 

“Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata-mata,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagaimana di bawah.

Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, PAS mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya. 

Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata-mata. 

Tindakan beberapa orang pimpinan parti yang mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah. 

Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi? SUMBER HARAKAH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...