Translate

28/07/2013

LAGI KES KECUAIAN IBU MENYEBABKAN ANAKNYA PARAH !!!

MUAR 27 Julai - Demi mencari wang tambahan untuk sambutan hari raya ini, seorang ibu sanggup bekerja di sebuah kilang kecil membuat kuih raya.

Namun lain pula jadinya apabila bayi lelakinya berusia 13 bulan yang dibawa bersama tersepit di sebuah mesin pengadun kuih selama 20 minit.

Situasi mencemaskan itu bagaimanapun berakhir dengan sepasukan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mangsa, Mohd. Uqshah Iman Ramli.

Menurut ibu mangsa, Maznah Osman, 37, dia sedang leka mengendalikan mesin itu di sebuah kilang kecil-kecilan milik penduduk kampung di Taman Utama Bakri kira-kira pukul 10.30 pagi.

"Mohd. Uqshah Iman pula bermain berhampiran mesin di atas lantai di situ walaupun beberapa kali saya menghalangnya.

"Namun tiba-tiba saya terdengar jeritan dia menangis dan alangkah terkejutnya apabila saya mendapati tangan kirinya tersepit di mesin yang sedang bergerak.

"Saya lihat mulutnya berdarah serta bengkak. Melihat keadaan kelam-kabut itu seorang pekerja berlari menutup suis mesin," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, walaupun suis telah dimatikan tetapi tangan anaknya masih tersepit di antara bekas tepung dan mesin berkenaan serta tidak dapat ditarik keluar walaupun pelbagai usaha dilakukan.

Dia kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat dan tiga anggota yang dikejarkan ke kilang tersebut pukul 11 pagi terpaksa membuka skru untuk mengeluarkan bekas kuih berkenaan yang mengambil masa kira-kira 20 minit.

Mohd. Uqshah kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk rawatan segera.

Sementara itu, pemilik kilang berkenaan, Norhadidah Harun, 43, berkata, semasa kejadian dia berada di dalam tandas di tingkat atas sebelum mendengar bayi berkenaan menjerit.

''Mujur salah seorang pekerjanya bertindak pantas menutup suis mesin dan jika tidak dikhuatiri keadaan lebih buruk boleh berlaku," katanya.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...