Rabu, 3 Julai 2013

APA DAH JADI DENGAN ZIZAN RAZAK ?????

SHAH ALAM: Pelawak Zizan Razak menganggap berita percintaannya dengan Emma Maembong selepas dia bertindak menghantar salinan (tagged) gambarnya di laman Instagram kepada pelakon itu tidak disalahertikan selain menganggap ia sengaja diperbesar-besarkan.

Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, berkata, tindakan itu tidak mempunyai sebarang maksud sebaliknya dia berbuat demikian kerana Emma pernah memberitahunya dia sukakan keindahan kota Paris.

"Saya tagged kepada dia gambar-gambar saya di Paris kerana dia pernah memberitahu sukakan Paris dan bukannya saya mempunyai dengan niat lain ataupun kami sedang bercinta.

"Orang cuma memperbesar-besarkan perkara itu yang sebenarnya hanya perkara kecil," katanya ketika ditemui selepas rakaman program Kecoh Pengacara Beraya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada malam Isnin.


Zizan diminta mengulas gosip percintaannya dengan Emma Maembomg selepas dia bertindak menghantar salinan gambar-gambarnya ketika berada di kota Paris, Perancis pada 21 hingga 27 Jun lalu.

Tambah Zizan, sebelum ini juga dia banyak menghantar gambar-gambarnya di laman tersebut kepada artis wanita lain namun ia tidak pernah dijadikan isu.

Dalam perkembangan sama, Zizan turut menafikan dia bimbang popularitinya sebagai pelawak popular akan terjejas sekiranya dia mendedahkan hubungan cintanya dengan Emma.

Zizan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan biasa dan dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk menafikan kepada umum sekiranya benar mereka bercinta.

"Soal takut hilang populariti itu bukan soalnya kerana kerjaya dan peribadi adalah perkara berbeza. Malah ramai artis lain yang bercinta dan berkeluarga berjaya dan masih diminati peminat.

"Cuma hubungan kami memang sekadar kawan buat masa ini. Pun begitu saya tidak dapat meramalkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia baru sahaja dilantik sebagai duta produk Sony selama setahun selain akan terlibat dalam beberapa program rakaman untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos depan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...