Rabu, 19 Jun 2013

Tak Perlu Nak Bincang-Bincang, Ambil Tindakan Segara !!!!

Polis, SKMM bincang tindakan hina Nabi

Undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk mengambil tindakan ke atas mereka-mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW, sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. 


Tindakan yang lebih efektif, cepat dan berkesan perlu dilaksanakan dan janganlah sampai berlarutan. Apa perlu untuk diperbincangkan lagi ????

Polis mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyelaras tindakan terhadap pengguna media sosial yang didapati menghina Nabi Muhammad SAW dalam komen mereka.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun secara umumnya perkara itu berada di bawah bidang kuasa SKMM, namun penyelarasan dibuat bagi memudahkan polis mendakwa mereka yang terlibat mengikut akta tertentu.  KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...