Translate

19/06/2013

Pengarah GATAL dan Pelakun pulak SEXY ???

Gambar hiasan

Diraba pengarah drama, pelakon baharu buat laporan polis

KUALA LUMPUR - Pelakon baharu, Ffarrah Ismail nekad membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dicabul beberapa kali oleh seorang pengarah drama yang berusia dalam lingkungan 60 tahun.
Ffarrah, 22, yang membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, pada pukul 8.30 malam semalam berkata, tindakan itu terpaksa diambil ekoran bimbang keselamatan dirinya selepas menerima ugutan daripada pengarah terbabit supaya tidak menyebarkan perlakuannya kepada mana-mana pihak.
“Saya berlakon dalam drama arahannya sekitar Januari dan Februari lalu. Kali pertama dia telah meraba buah dada dan mencium saya tanpa kerelaan ketika dalam perjalanan menghantar saya pulang ke Damansara, selepas perjumpaan tentang penggambaran drama.
“Kemudian, dia mengugut saya dengan mengatakan masa depan saya akan gelap sekiranya saya memberitahu orang lain tentang perkara itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - KOSMO!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...