Selasa, 19 Mac 2013

DAP AKAN TUKAR PERLEMBAGAAN SERTA MERTA

Kedua-dua barua inilah yang merencanakan Orang Melayu akan merempat di tanah air sendiri
Mendengar ceramah penerangan oleh Saudara Razali Rahman bekas ahli DAP JELUTONG dan merupakan salah seorang bangsa melayu yang dipilih dan dilatih oleh Israel untuk memusnahkan bangsa melayu dan agama Islam amat menggerunkan .

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh DAP memenangi Pilihan Raya ke 13 nanti perkara utama yang akan dilakukan ialah meminda Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara yang paling DAP benci sekali ialah Perkara yang melibatkan Raja-raja Melayu dan Hak-Hak orang Melayu. Perkara-Perkara berikut akan dipinda serta merta:

A. Perkara 3 : Agama bagi Persekutuan. Agama Islam ialah Agama bagi Persekutuan. 
     
Perkara ini akan diganti dengan Agama Kristian  dan agama lain adalah samarata.

B. Perkara 32 : Ketua utama Negara bagi Persekutuan. Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara  bagi Persekutuan yang digelarkan Yang di-Pertuan Agong. 
   
Perkara ini akan dimansuhkan dan tiada lagi Yang di-Pertuan Agong dan ianya akan diganti dengan seorang Presiden serta Negara dijadikan sebuah Negara Republik.

C. Perkara 89 : Tanah rizab orang Melayu. 
  
Semua tanah yang diisthirarkan tanah rizab melayu  akan digugur statusnya dan dijadikan tanah milik msemua bangsa.

D. Perkara 152 : Bahasa Kebangsaan. Bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
   
Bahasa Melayu akan dihapuskan dan digantikan dengan bahasa Inggeris dan Bahasa Mandrin sebagai bahasa kedua.

E. Perkara 152 : Perizapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dsbnya untuk orang Melayu dan Bumiputera bagi mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak.
    
Perkara ini akan dihapus serta-merta dan Melayu tidak akan mempunyai sebarang kedudukan istimewa didalam negaranya.

F. Perkara 160 : Tafsiran. "Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu.

Tafsiran ini akan dihapuskan sama sekali dan Melayu bebas untuk memilih apa-apa agama mengikut kehendaknya.

Sanggupkah kita orang orang Melayu yang memiliki Tanah Melayu diperlakukan sedemikian rupa? Jika ini yang berlaku maka kita akan hilang segala-galanya, kita hilang TANAH, kita hilang BAHASA, kita hilang AGAMA dan kita menjadi BANGSA yang tidak mempunyai apa-apa lagi dan merempat dibumi  TANAH MELAYU ini!  Kalau kita tidak sanggup hilang semua ini, ayuh jangan beri satu UNDI pun kepada Pakatan Rakyat. - 1 Melayu

Sumber:amukanmelayu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...