Ahad, 17 Mac 2013

BUKTI KUKUH PENGLIBATAN KETUA PEMBANGKANG DI LAHAD DATU DITEMUI ??

Terkini laporan Bernama menyebut, kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

Hah! apa lagi, dakwa je. Tangkap dan jangan takut dengan demontrasi puak-puak macai dalang laknat merosakkan negara hingga mengorbankan nyawa anggota keselamatan negara. Ayuh!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...