Translate

08/02/2013

Bicara Pengguna bersama YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob


Marang 07/02/2013 - Program Bicara Pengguna bersama Menteri Perdagangan  Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan YB Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 3.00 petang.

Sambutan yang cukup meriah bagi rakyat Marang dimana pertama kalinya dapat bertemu dan berhubung secara langsung dengan Menteri KPDNKK. Turut hadir YB Datuk Yahya Khatib, YB Senator Datuk Ab. Rahman Bakar, Pegawai Daerah Marang, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Pengarah KPDNKK Negeri, Ketua-Ketua Jabatan serta warga Daerah Marang.

Seramai lebih kurang 2,000 orang menyertai program yang dianjurkan oleh KPDNKK Negeri Terengganu.  Cabutan nombor bertuah juga dilangsungkan bagi menceriakan lagi program dengan hadiah-hadiah menarik ditawarkan.


Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh YB Dato' Seri, telah meluluskan beberapa permohonan daripada YB Datuk Yahya Khatib selaku Ketua Bahagian UMNO Daerah Marang bagi kepentingan masyarakat Daerah Marang.

Diantaranya adalah membina Kedai Rakyat 1Malaysia, menaik taraf 'Waterfront' Daerah Marang serta sebuah m/van jenazah untuk penduduk Pengkalan Berangan sepertimana yang dipohon oleh YB Datuk Yahya Khatib.

Kesemua permohonan tersebut akan disegerakan pada awal tahun ini  juga.

Beliau juga berharap penduduk-penduduk Daerah Marang dapat memberikan sokongan yang padu kepada Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah dan akan dapat meneruskan agenda-agenda demi untuk masyarakat 'JANJI DITEPATI'.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...