Isnin, 17 September 2012

Wan Azizah gesa rakyat bangkit tentang budaya negatif sempena Hari Malaysia – cakap tak serupa bikin

Hanya pandai berkata-kata, tapi tak pandai melaksanakannya. Lihat disekeliling dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan. 
KUALA LUMPUR, 15 Sept — Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah hari ini menggesa rakyat Malaysia bangkit menentang budaya negatif sempena sambutan Hari Malaysia.
Wan Azizah dalam perutusan sempenan sambutan itu menegaskan kejayaan sebenar untuk sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September tiap-tiap tahun hanya akan tercapai apabila rakyat menolak budaya-budaya negatif tersebut – termasuk LGBT, Kes Liwat dsbnya.
"Kejayaan sebenar Hari Malaysia hanya akan tercapai apabila rakyat bangsanya berani bangun melawan budaya penyelewangan kuasa, rasuah serta penindasan warga bangsa," kata Wan Azizah (gambar)dalam perutusan berkenaan. Tidak akan tercapai selagi, ada pengkhianat-pengkhianat yang cuba merosakkan identiti Bangsa, Agama dan Negara.
Malah, beliau turut mengingatkan tanggungjawab untuk mendidik generasi muda untuk memaknai sejarah dengan fakta dan maklumat yang benar. Telah dirosakan oleh Pakatan Pembangkang sendiri.
"Kita tidak mahu generasi baru ini terkeliru dengan fakta sejarah yang akhirnya sambutan Hari Malaysia berlalu hambar.
"Kita juga menggalakkan generasi muda meneroka dan mengkaji sejarah agar mereka kenal siapa dan bagaimana negara kita ini ditadbir dan siapa pula pewarisnya," katanya lagi. Sejarah perlu diterokai daripada orang-orang lama yang pernah merasainya, tapi orang lama yang merosakkannya bagaimana ????
Persaingan sengit antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum yang perlu diadakan tahun ini turut menyaksikan beberapa insiden serangan terhadap pembangkang. Memang dah patut berlaku…
Kempen menggunakan bas dalam Jelajah Janji Merdeka Rakyat dengan sambutan Hari Malaysia esok dengan menggunakan kempen bas dua tingkat telah diserang beberapa kali termasuk yang terbaru di Tangkak, Johor apabila disimbah cat merah buat kali ketiga sejak dilancarkan. Mesti ada sebabnya, kalau diri sendiri tidak melukakan hati rakyat, tak lah jadi sebegitu. Jangan nak salahkan orang lain, salahkan diri sendiri.
Insiden itu berlaku dalam jelajah sehari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari di Johor, bertemu penyokong parti di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Skudai. Anwar bagaimanapun telah berlepas ke Sabah hari ini.
Turut menerima nasib sama adalah pejabat DAP - parti komponen PR - yang turut disimbah cat merah di Pulau Pinang. Padan muka.
PKR juga telah mengecam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang enggan memberikan jaminan keselamatan terhadap Anwar dan rakan-rakannya yang terlibat dalam jelajah berkenaan. Anwar Ibrahim tu siapa ?????
"Tiada jaminan diperlukan. Ia diputuskan oleh rakyat Johor sendiri. Saya rasa PKR sedar perkara ini dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana," katanya.
Hishammuddin berasal dari Johor, tempat kelahiran Umno dan menjadi kubu kuat BN dalam pilihan raya umum akan datang yang harus dilaksanakan pada 2013.
Ketiga-tiga parti dalam PR - DAP, PAS dan PKR, telah melakar sejarah apabila memenangi empat negeri ketika pilihan raya umum 2008 dan menafikan kuasa dua pertiga majoriti BN. Tahun pemerintahan PAK LAH boleh lah besar kepala…. Tapi dalam era DS Najib Tun Razak berlainan pula….

HANCUR PAKATAN, HANCUR PAKATAN, HANCUR PAKATAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...