Rabu, 5 September 2012

Hanya Kerana Anwar, Masjid Tercemar Dan Umat Islam Bertelagah Di Kedah

ScreenHunter_05 Sep. 04 16.37
Insiden yang membabitkan serbuan lebih 50 orang anak qariah Masjid Al-Hussain di Seberang Pumpong, Alor Setar masih lagi menjadi bualan hangat di kalangan para penduduk setempat dan rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku.

Hanya disebabkan seorang individu yang bernama Anwar Ibrahim, umat Islam di qariah berkenaan berpecah belah, bermasam muka dan bergaduh sesama mereka sejak kejadian tersebut.

Ramai yang merungut apabila orang luar yang hadir ke masjid itu pada masa kejadian bertindak luar batasan sehingga ada insiden tolak menolak dan sedikit pergelutan yang memalukan serta mencemar kesucian rumah Allah itu.
Sebenarnya, saya adalah salah seorang anak qariah di masjid berkenaan di mana arwah ayah saya dikebumikan di masjid berkenaan.

Sejarahnya, masjid Al-Hussain sememangnya terkenal menyokong PAS sejak di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor lagi. Ketika itu, masjid berkenaan agak dhaif dan serba kekurangan memandangkan AJKnya yang dikatakan enggan menerima sumbangan dari Kerajaan BN.

Namun dari tahun ke tahun, AJKnya bertukar ganti dan ada yang lebih mengutamakan Islam berbanding perjuangan politik. Dari sebuah masjid yang kecil, kini masjid yang terletak ditepi sungai Kedah itu semakin besar dan cantik.

Sebenarnya, peruntukan membaik pulih dan mengimarahkan masjid itu diperoleh melalui bantuan ADUN Bakar Bata, Datuk Paduka Mohd Bashah, di mana masjid berkenaan menerima ratusan ribu peruntukan khas bagi membesarkan rumah Allah tersebut.

Khabarnya yang terbaru, anak-anak qariah tersebut memohon peruntukan sebanyak RM1 juta dari Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah itu bagi mengimarahkan dan menyediakan prasarana ibadah yang lebih selesa berbanding sekarang.

Berkaitan dengan ceramah Anwar di masjid berkenaan selepas solat maghrib pada 2 September lalu, sumber saya menjelaskan bahawa mesyuarat AJK masjid itu sebenarnya tidak membenarkan Anwar berceramah di dalam masjid.

Sambung dan baca lagi DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...