Translate

23/08/2012

Pengurus Koperasi Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Rasuah


JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah membuat pertuduhan ke atas seorang Pengurus Koperasi Sinarjaya Bandar Tenggara Kulai Jaya Bhd. di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah 4, Johor Bahru kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009.

Tertuduh, Azman bin Anas, 40 tahun, Pengurus Koperasi didakwa telah menerima rasuah RM2,900.00 daripada Oong Ah Lee sebagai dorongan untuk meluluskan borang permohonan mengambil permit bahan bantuan di Lot PTD 4153 Mukim Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi.
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jaminan mahkamah sebanyak RM7,000.00 dan seorang penjamin.  Kes akan disebut semula pada 3 September 2012.
Pertuduhan dijalankan dihadapan Hakim YA Tuan Mohamad Haldar bin Abdul Aziz. Pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendawa Raya Noorfazlin binti Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam Tetuan Noorul Ameen bin Abdul Salam.
Bagi kesalahan diatas, tertuduh boleh dihukum dibawah seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu penjara maksima 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000.00 mana-mana yang lebih tinggi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...