Ahad, 26 Ogos 2012

DAP Bukan Parti Untuk Orang Melayu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan parti pembangkang DAP tidak mewakili semua kaum di Malaysia sebaliknya lebih mewakili bukan Melayu.
Sehubungan itu, orang Melayu yang telah menyertai parti politik itu katanya, perlu sedar mereka tidak mempunyai sebarang peranan penting dalam parti yang diterajui oleh bukan Melayu.
“Orang Melayu dalam DAP memang tiada apa -apa fungsi dan saya harap mereka sedar.
“Saya rasa mereka tidak perlu berfikir panjang atau lebih mendalam kerana hakikatnya parti DAP bukan untuk orang Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri serta sambutan kemerdekaan Parlimen Padang Rengas di Kompleks Industri Meil, Kuala Kangsar, dekat sini hari ini.
Baru-baru ini, parti itu juga sekali lagi telah menunjukkan belang mereka apabila mereka bercadang meminda perlembagaan negeri Pulau Pinang bagi menyekat perbuatan melompat parti.
Cadangan itu memperlihatkan parti itu sebagai parti yang mementingkan diri kerana ia sememangnya tidak akan diluluskan oleh dewan undangan negeri malah turut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang tidak pernah menyekat kebebasan politik bagi mana-mana individu.
Keikhlasan DAP juga turut dipertikaikan apabila mereka dilihat begitu komited untuk membentang undang-undang bagi menghalan perbuatan lompat parti itu.
Dalam perkembangan lain pula, Nazri turut melihat perbincangan yang dibuat oleh Biro Politik Pas bersama bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa masih tidak mampu untuk menyelesaikan percanggahan pendapat berhubung isu hudud antara Nasharudin dan pemimpin DAP, Karpal Singh.
“Apa jua yang dibincangkan oleh mereka (Biro Politik) tidak akan mencapai keputusan melainkan keputusan dibuat oleh Karpal Singh,” katanya yang menyifatkan Mursyidul Am Pas telah digantikan dengan pemimpin DAP itu kerana sebarang keputusan berhubung hudud tertakluk kepada pendapat yang dikeluarkan oleh beliau.
Walau bagaimanapun, beliau memuji sikap serta tindakan Nasharudin yang dilihat berani bangkit bersuara berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud.
“Saya menyanjung tinggi pandangan Nasharudin kerana beliau seorang yang benar-benar memperjuangkan Islam,” tambahnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...