Translate

08/08/2012

Bapak syaitan menyalak kembali

guan eng

Guan Eng Hina Umat Islam, Warga Emas, Ibu Tunggal Pulau Pinang…


Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyindir golongan warga emas di negeri itu apabila menyatakan bahawa mereka yang dulunya memulangkan kembali wang RM100 yang diberikan, kini berbaris di barisan hadapan untuk menerima wang tersebut.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Guan Eng di  Dewan Besar Sungai Dua kelmarin, dia menuduh kononnya UMNO adalah dalang yang memburuk-burukkan pemberian wang RM100 kepada warga emas dan penduduk miskin di Pulau Pinang sehingga ramai yang memulangkan duit tersebut.

“Khalifah” PAS itu berkata, golongan yang menyerahkan kembali duit tersebut pada tahun lalu adalah antara mereka yang paling hadapan untuk menerima bantuan dari tangan anak Lim Kit Siang itu pada tahun ini.

Pada saya, nampaknya Guan Eng masih lagi tidak sedar dan “buta” dalam isu pemberian wang sumbangan kepada masyarakat Islam di negara ini.

Dia seolah-olah masih tidak jelas mengenai sensitiviti umat Islam yang tidak mahu dan enggan sekali-kali menerima wang dari sumber haram atau syubhah. Dalam ertikata lain, sumber pemberian atau sumbangan itu lebih diyakini jika bersumberkan dari sumber yang bersih dan meyakinkan.

Pada tahun sebelum ini, rahsian Guan Eng yang menerima wang dari sumber judi lumba kuda untuk diberikan kepada fakir miskin di negeri itu telah terbongkar.

Sumber:mykmunet dan KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...