Khamis, 14 Jun 2012

Suu Kyi anti Islam dan abai Rohingya


 Image Detail

TEKNAF (Bangladesh): Komuniti Rohingya dari Myanmar yang berlindung di kem pelarian Bangladesh semalam meminta ikon demokrasi negara mereka, Aung San Suu Kyi, segera membantu.

Bangladesh yang berkongsi sempadan dengan Myanmar sejauh 200 kilometer, dihuni kira-kira 300,000 masyarakat Islam Rohingya.

Dianggarkan 25 orang terbunuh dan 41 cedera sepanjang tempoh lima hari pergaduhan antara penganut Buddha dan Islam di negeri Rakhine, Myanmar.

Pemimpin masyarakat Islam setempat di Teknaf, Mohammad Islam, berkata mereka menggesa PBB, negara luar dan kerajaan Myanmar - terutama Suu Kyi - segera bertindak.

“Suu Kyi belum melakukan apa-apa untuk kami setakat ini walaupun kami berkempen menyokongnya dalam pilihan raya 1990.

“Seperti warga Myanmar lain, dia hanya berdiam diri mengenai hak masyarakat Rohingya,” katanya.

Dalam lawatan pertamanya ke luar Myanmar dalam tempoh 24 tahun, bulan lalu Suu Kyi bertemu ribuan pelarian Myanmar yang tinggal di sempadan Thailand.

Dia berjanji membantu sedaya upaya bagi membolehkan mereka kembali ke Myanmar.

Mohammad berkata, ketika Suu Kyi memperjuangkan hak pelarian - terutama suku Karen, dia tidak bersuara langsung untuk pelarian Rohingya.

“Kami dengar, hubungannya dengan kerajaan semakin baik dan berlaku reformasi menyeluruh.

“Namun, untuk masyarakat Rohingya, perubahan itu tidak bermakna,” katanya. - AFP

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...