Sabtu, 9 Jun 2012

SPRM perlu telus dalam siasatan keatas 20 akaun milik Anwar RM3 Billion???



Ramai dari kalangan pihak yang mengenali Anwar melahirkan rasa kesal dengan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan Ketua Pembangkang itu yang mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Ianya dilihat bakal  boleh mengundang persepsi negatif dalam kalangan orang ramai.

Bagi Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail, maklumbalas dan siasatan sewajarnya  tambahan pula setelah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid membuat pendedahan berkenaan dalam akuan bersumpah hampir 13 tahun lalu.


Malah jika pembongkaran itu benar2 berlaku., tindakan Anwar mengarahkan Abdul Murad menguruskan sebahagian daripada akaun-akaun terbabit adalah menyalahi peraturan pengurusan kewangan kerajaan.

“GMP hairan mengapa sehingga kini masih belum ada tindakan diambil walaupun tuduhan Abdul Murad tersebut agak serius kerana ia dikatakan berlaku semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Sehubungan itu, saya menyokong sepenuhnya desakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali agar SPRM mengambil tindakan sewajarnya berhubung dakwaan Abdul Murad itu," katanya.


Paparan selanjutnya dan cukup panas sila KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...