Isnin, 25 Jun 2012

PAS SIBUK MENGERAKKAN PAKATAN RAKYAT, DAP DAN PKR SIBUK DENGAN DUIT DAN MAKSIAT



Mungkin ada di antara golongan atas pagar hari ini tidak menyedari bahawa janji-janji PAS mahu menjadi pemerintah yakni menerajui kerajaan Persekutuan di Putrajaya sebenarnya hanyalah retorik politik PAS menjelang pilihanraya umum akan datang.

Kepada semua rakyat Malaysia terutama yang berbangsa Melayu dan beragama Islam jangan tertipu dengan sandiwara PAS hari ini. Percaya ataupun tidak, program PAS Himpunan Hijau Ke Putrajaya sebenarnya merupakan cadangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sengaja meletakkan momentum sokongan rakyat khususnya daripada Melayu & Islam sendiri ke dalam parti yang kononnya berasaskan Islam itu.


Sedangkan hal yang sebenarnya, PKR dan DAP hanya menggunakan PAS untuk menarik sokongan daripada undi-undi orang Melayu yang terang-terangan sudah berpecah kepada beberapa puak. Ini adalah fakta dan bukannya auta daripada cybertroopers pro BN.

Cuma yang dirunsingkan ialah sejauh manakah tahap kesedaran orang Melayu itu sendiri memahami senario politik semasa dan melihat apa-apa perkara yang tersirat. Mungkin pada tersuratnya, janji Anwar Ibrahim dan bakal Timbalan Perdana Menteri Cina dari DAP nanti, Hak Istimewa Orang Melayu tidak akan disentuh dan apa-apa saja kepentingan Melayu tidak akan diusik dan dipertikai.

Tapi adakah itu jaminan yang kuat dari pihak Pembangkang yang cuba mengaburi pemikiran rakyat? Apakah ada janji-janji yang sememangnya diyakini tidak akan dilanggar mereka nanti? Adakah orang Melayu sudah lupa apabila hak-hak bangsa Ketuanan di sini sering dipertikaikan oleh kaum yang cuba berjinak-jinak dengan kiasu.

Adakah kita akan terus mempertahankan Ketuanan Melayu tanpa perlu bertegas menyatakan hak-hak istimewa ini akan terus dipertahankan dan diperkukuhkan demi kebaikan bersama? Adakah kita mahu terus mendiamkan diri dan membiarkan NGO Melayu yang berusaha keras mempertahankan hak kita?
Berbalik pada cita-cita tertipu PAS menuju ke Putrajaya. Satu perkara yang perlu diketahui umum dan semua puak-puak dalam PAS ialah untuk menjadi kerajaan persekutuan, PAS perlu memilik 112 kerusi di Parlimen. Bukannya hanya mempunyai 25 kerusi dalam Parlimen berbanding DAP yang jauh lebih banyak berbanding PKR. 

PKR sudah tentu anytime akan swing ke dalam DAP demi mengejar cita-cita tamak mereka. Jangan terlalu percaya kaum pembangkang yang berlainan fahaman agama. Kaum ini hanya mengejarkan keuntungan semata-mata dan tidak akan berfikir kebaikan & keburukan jika sesuatu keputusan bodoh itu terjadi.

Undi Barisan Nasional, Insyallah Melayu dan kaum lain akan terus terpelihara, 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...