Translate

25/06/2012

CONTOH JELAS ISLAM DIPERMAINKAN PEMIMPIN DAP

GEORGETOWN - Kerajaan DAP P.Pinang boleh disifatkan sebagai mempersendakan kuasa tauliah Majlis Agama Islam P.Pinang (MAIPP) apabila menyifatkan sijil tauliah badan tersebut sebagai tidak penting dan hanya formaliti pentadbiran.

Seorang bekas peguam syariah yang ditemui pihak UtaraNews menyatakan, sijil tauliah juga penting kerana ia menunjukkan pengiktirafan kepada seseorang peguam syariah oleh Majlis Agama negeri.

"Tanpa sijil tauliah, samalah seperti kita memandu tanpa lesen dijalanraya walaupun kita membayar cukai jalan bagi kenderaan kita.." kata beliau.

Semalam, EXCO Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim, berkata mana-mana peguam syariah di negeri ini boleh menjalankan urusan guaman tanpa masalah asalkan membayar yuran tahunan RM100 kepada MAIPP.

“Ia (surat tauliah) tidak penting, hanya urusan pentadbiran. Apabila peguam syariah yang beramal di negeri ini sudah membuat bayaran dan ada resit, peguam itu sudah pun ditauliahkan,” katanya.

Rabu lalu, Berita Harian melaporkan 300 peguam syariah di Pulau Pinang terpaksa menjalankan urusan guaman syariah tanpa tauliah MAIPP berikutan perebutan kuasa dalam institusi tertinggi agama Islam negeri ini.

Masalah yang berlanjutan sejak enam bulan lalu itu disebabkan kegagalan kerajaan negeri mengumumkan nama individu yang dipertanggungjawabkan sebagai Yang Dipertua (YDP) MAIPP secara rasmi.

Abdul Malik juga berkata, peguam syariah di negeri ini tidak perlu mempersoalkan tarikh sebenar sijil tauliah itu akan dikeluarkan MAIPP kerana tidak timbul pertikaian dengan mahkamah syariah yang memahami perkara itu dan tidak pernah mempersoalkan sebarang kes dikendalikan peguam syariah di negeri ini sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Sumber:utaranews

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...