Kemudahan Asas Tidak Mencukupi Punca Pelabur Tidak Berminat
Melabur Di Kelantan
KOTA
BAHARU, 24 Jun (Bernama) -- Kekurangan kemudahan asas adalah faktor utama pelabur
asing tidak berminat untuk melabur di Kelantan, kata Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata berdasarkan pengalaman pihaknya membuat promosi di luar negara, golongan itu lebih berminat melabur di negeri yang mempunyai kemudahan asas yang baik.
"Kelantan memang diketahui umum (adalah) salah satu negeri yang menerima pelaburan paling kecil, jadi kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana kita memerlukan kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MITI Memacu Transformasi di sini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu juga berkata kemasukan pelaburan
yang kecil menyebabkan tidak banyak peluang pekerjaan boleh disediakan untuk
rakyat negeri ini, dan keadaan itu menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke
tempat lain.Beliau berkata berdasarkan pengalaman pihaknya membuat promosi di luar negara, golongan itu lebih berminat melabur di negeri yang mempunyai kemudahan asas yang baik.
"Kelantan memang diketahui umum (adalah) salah satu negeri yang menerima pelaburan paling kecil, jadi kita perlu bekerja dengan lebih gigih lagi kerana kita memerlukan kemudahan asas yang lebih baik seperti jalan raya, bekalan air, pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MITI Memacu Transformasi di sini.
Ditanya sama ada rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mustapa berkata, "kita rasa kita lebih mampu, kita ada pengalaman untuk urus negara dari sebuah negara miskin yang bergantung kepada pertanian kepada sebuah negara yang sekarang ini sudah menjadi makmur, dengan mempelbagaikan sumber ekonomi".
-- BERNAMA