Translate

05/06/2012

PARTI ANAK BERANAK DAN MADU EMAS ???


Nepotisme: Azmin Sindir Anwar, Kak Wan dan Nurul Izzah


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, baru-baru ini menegaskan bahawa PKR tidak wajar mengamalkan nepotisme di dalam parti itu memandangkan amalan tersebut dianggap tidak sihat bagi parti tersebut.

Kenyataannya itu sangat jelas menyindir pedas Ketua Umum, Anwar Ibrahim, yang juga “madu”nya, yang membariskan isteri, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anak perempuan sulungnya, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR.

Pun begitu, Azmin dilihat sengaja memujuk hatinya dengan menyatakan bahawa dia yakin bahawa amalan nepotisme yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim itu tidak akan menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi parti itu.

Menurutnya lagi, PKR kononnya sangat demokratik dan sangat telus mempraktikkan amalam demokrasi di dalam setiap pemilihan kepimpinan PKR.

Saya melihat kenyataan Azmin tersebut merupakan satu kenyataan “sedih”, “kecewa”, “rasa tergugat” dan cuba meraih simpati dari para penyokong parti yang kini lebih menyedari “kedudukan istimewa”nya di mata Anwar.

Sebagaimana maklum, seluruh negara, para penyokong dan pemimpin PKR sendiri mengakui bahawa Azmin merupakan “madu emas” yang menjadi kesayangan Anwar Ibrahim.

Meskipun Anwar menerima rungutan, komplen dan laporan tidak enak yang menunjukkan sikap Azmin yang melampau serta suka bertindak sesuka hati, Ketua Umum PKR itu hanya berdiam diri dan lebih gemar menyebelahi Azmin.

Meskipun sumber PKR memberitahu bahawa Azmin pernah bertindak menyakitkan hati dan bersalahan dari semangat parti, tiada sebarang tindakan dilakukan terhadapnya.

Justeru itu, dikhabarkan bahawa Kak Wan dan Nurul Izzah tidak senang hati dengan “kekebalan” Azmin dan mereka berdua telah mendapat sokongan padu dari akar umbi PKR untuk menumbangkan Azmin pada pemilihan PKR yang akan datang.

KLIK DISINI SEGERA untuk artikel seterusnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...