Khamis, 14 Jun 2012

PAKATAN RAKYAT GAGAL MEMBERI PERHATIAN KEPADA WARGA EMAS

pmorangasli

PM umum ASTRO percuma untuk Pusat Jagaan Warga Emas 

Sebanyak 17 Pusat Jagaan Warga Emas yang dikendalikan Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan 22 Pusat Aktiviti Warga emas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mendapat yuran pemasangan dan langganan ASTRO percuma selama tiga hingga lima tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan demikian ketika berucap pada majlis makan tengahari bersama warga emas di Rumah Sejahtera di Seri Kembangan, Selangor, pada Isnin.

Najib turut mengumumkan Kementerian Kesihatan juga akan mengadakan lawatan tetap sebulan sekali ke semua 48 Pusat Jagaan Warga Emas di seluruh negara yang berdaftar dengan JKM.

“Peranan dan tanggungjawab yang telah dipikul oleh warga emas dalam usaha menjaga, mengasuh dan mendidik generasi muda tidak ternilai. Generasi muda harus berterima kasih kepada warga tua yang semakin meningkat di negara ini,” katanya.

Katanya, setakat hari ini warga emas di Malaysia yang berusia lebih daripada 60 tahun adalah seramai 2.2 juta atau 7.7 peratus daripada jumlah 28.3 juta penduduk Malaysia.

Artikel selanjutnya baca dan KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...