Ahad, 10 Jun 2012

Nik Aziz nafi pernah 'janji' syurga orang undi Pas - dah nyanyok ???




KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau pernah 'menjanjikan' syurga kepada pengundi yang memilih Pas dalam pilihan raya.

Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, beliau hanya menyebut bahawa orang yang telah mengundi parti itu khususnya pada pilihan raya umum 1990 mendapat pahala. 


Katanya, pihak yang mendakwanya berkata demikian tidak pandai membezakan antara balasan syurga dan pahala serta meminta mereka terutamanya pihak media menyebut dengan jelas siapa yang telah memberi janji syurga tersebut.

"Surat khabar minggu lepas sibuk pasal undi Pas masuk syurga, saya nak tanya siapa dia yang kata begitu? Nak tanya wartawan yang hadir hari ini siapa kata begitu? Kalau saya sendiri, saya kata begini 'siapa yang undi Pas tahun 1990 dahulu dapat pahala'.

Image Detail"Boleh pahala lain, boleh syurga pula lain, biar reti. Apabila masuk syurga tidak boleh keluar dah, tapi kalau dapat pahala boleh jadi pahala akan hilang. Ini kerana tidak semestinya pahala itu boleh dibawa sampai ke mati.

"Terlalu banyak ayat dalam al-Quran dan hadis yang bercerita tentang kalau kita buat amal soleh kita boleh dapat pahala. Pahala ini boleh hilang kalau kita tak pandai jaga, macam kita cari duit, cari duit bolehlah tapi kalau kita simpan dalam poket yang berlubang, maka akan habis. Duit sudah dapat hasil jual goreng pisang dan macam-macam lagi, tapi kalau kita simpan dalam poket (tembus), maka akan habis," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata, tiada pemimpin yang boleh memberi jaminan tentang masa depan manusia kecuali Nabi Muhammad yang diberi Allah jawapan kepada semua permasalahan melalui risalah Islam yang dibawanya.

Sementara itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyebut bahawa syurga adalah kurniaan Allah yang diberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan menganggap pandangan itu serupa dengan fahaman puak Jabariyah.

Nik Abdul Aziz juga melahirkan keraguan dengan kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini, yang telah mengulas mengenai isu masuk syurga jika mengundi parti tertentu.

Beliau menegaskan, laporan mengenai kenyataan Sulaiman itu belum tentu benar kerana katanya ulama Arab Saudi tersebut adalah dari sebuah negara yang mengamalkan hukum Islam yang mungkin memberi jawapan mengejutkan jika ditanya mengenai hukum orang Melayu beragama Islam yang menolak dasar Islam. 

"Jangan main-main dengan ulama Arab Saudi kerana kalau salah tanya akan makan diri kamu. Arab Saudi ini mereka jalankan undang-undang ikut hukum Islam bukan kebangsaan, dia pancung orang, kerat tangan ikut hukum, kalau kamu salah tanya 'Wahai Syeikh apa hukum orang Melayu beragama Islam tolak Islam, takut dia jawab kafir pun boleh jadi," katanya.

Sumber:utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...