Rabu, 30 Mei 2012

PERMOHONAN PERTAMA DIDUNIA - MINTA DERMA BUAT LEBUHRAYA ???

RAKYAT DAH LAH SUSAH, NAK MENYUSAHKAN LAGI - INILAH DIA NIK AZIZ !!!
 
Kerajaan Pas Kelantan meminta rakyat negeri ini tampil menghulurkan derma bagi membantu pembinaan lebuh raya rakyat yang menghubungkan bandar Kota Bharu dan Kuala Krai.
 
Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau berharap rakyat Kelantan khususnya bersama-sama kerajaan negeri bergotong-royong merealisasikan pembinaan lebuh raya itu.

Katanya, setiap derma yang dihulurkan bakal memberi manfaat yang besar di samping memperoleh ganjaran pahala.

"Tidak kisahlah hendak menderma berapa pun, RM10, RM100 atau RM1,000 dan saya sendiri telah menderma RM5,000," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di sini hari ini.

Pada majlis tersebut beberapa badan korporat dan syarikat swasta di negeri ini turut tampil memberikan sumbangan bagi pembinaan lebuh raya berkenaan.

Nik Aziz menambah, konsep gotong-royong itu sememangnya sudah lama diamalkan dan ia merupakan salah satu konsep yang sangat baik.

Ujarnya, kebanyakan masjid dan surau di Kelantan juga dibina hasil gotong-royong dan derma orang ramai.

"Mereka yakin sumbangan dan gotong royong itu bakal digantikan dengan pahala yang besar," katanya.

Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer (km) yang bakal menghubungkan kedua-dua bandar itu dijangka menelan kos sebanyak RM1.8 billion.

Pembinaannya dijangka siap dalam tempoh tiga tahun sekali gus bakal menyelesaikan masalah lalu lintas di negeri ini terutama pada musim perayaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...