Jumaat, 25 Mei 2012

Pas mahu perjanjian angan-angan Mat Jenin dilaksanakan dengan Pakatan Rakyat

Image Detail
SHAH ALAM – Pas Kawasan Pandan menggesa parti dalam Pakatan Rakyat (PR) menandatangani satu ‘perjanjian pakatan’ yang terperinci sebelum menubuhkan kerajaan.

Yang Dipertuanya, Iskandar Abdul Samad berkata, perjanjian ini penting bagi memperincikan dahulu polisi-polisi utama bagi mengurangkan isu-isu kontroversi yang mungkin timbul akibat perbezaan pandangan dalam pentadbiran kelak.

Menurutnya, perjanjian ini nanti akan mengikat pemimpin kerajaan seperti Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Menteri Besar dan
Exco.

“Di antara polisi-polisi utama yang dicadangkan perlu dipersetujui terlebih dahulu adalah yang melibatkan agama, tanah, perumahan dan kerajaan tempatan.

“Perjanjian ini adalah seperti yang ditandatangani Parti Konservatif dan Parti Liberal Demokrat sebelum menubuhkan kerajaan campuran di Britain pada 2010,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, Pas Kawasan Pandan yakin perjanjian ini akan berupaya mengukuhkan mana-mana kerajaan PR yang akan dibentuk dan akan melancarkan sistem penyampaiannya.

“Sehubungan itu, kami akan memajukan usul ini kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar beliau dapat membentangkannya pada mesyuarat PR di peringkat nasional,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...