Isnin, 28 Mei 2012

NIK AZIZ ISLAMKAN LIM GUAN ENG ???

Nik Aziz tidak kisah siapa jadi Perdana Menteri

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak kisah siapa yang menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam. Beliau berkata, Islam tidak menetapkan kaum tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara. 

"Bukan Melayu tidak apa, asalkan Islam. Islam dipimpin oleh pelbagai bangsa di atas muka bumi ini. Di Turki, Perdana Menterinya bukan orang Arab. 
 
"Kalau hendak bukan Melayu tidak apa asalkan Islam. Adakah negara demokrasi beri kepada orang komunis jadi pemimpin, adakah negara komunis beri orang demokrasi jadi pemimpin.

''Negara demokrasi dipimpin oleh orang amalkan demokrasi, begitu juga dengan negara komunis, maka di negara Islam, orang Islam harus menjadi pemimpin," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di Markas Dewan Ulama (Madu), di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyanggah hasrat Karpal yang akan berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya Abdul Hadi menyifatkan kenyataan itu sekadar pandangan peribadi Karpal dan menegaskan Pas menyerahkan kepada ketetapan dalam resolusi pakatan pembangkang berhubung perkara itu.

Sementara itu, Nik Aziz membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa pemimpin pembangkang mungkin akan menggunakan cara demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berikutan cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan sejarah dan keputusan pilihan raya terdahulu.

"Terbalik, UMNO memang terbalik, parti dia pun dalam bahasa Inggeris. Hendak pimpin Melayu, tidakkah terbalik? 

"Dalam tragedi 13 Mei siapa buat karut kalau bukan UMNO di Kelantan walaupun majoriti Cina sikit, kalau kami nak ganyang habis-habisan pun boleh tetapi kami tak buat.

"Sekarang sudah mula UMNO buat ganas, tonggeng punggung, ini bukan budaya Melayu, orang Melayu beretika dan berakhlak, ini pelesit dari luar dibawa oleh UMNO," katanya.

Sumber:utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...