Khamis, 31 Mei 2012

Dokumen aset RM30 juta Azmin, Shamsidar didedahkan

Image Detail
KUALA LUMPUR 30 Mei - Ahli Perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin yang bernilai lebih RM3O juta.

Dokumen berkenaan iaitu salinan pembelian syer, deposit bank, resit pembayaran perabot serta salinan penyata dalam beberapa akaun bank itu merupakan sebahagian harta yang dimiliki Azmin dan Shamsidar dalam tempoh dua tahun iaitu 1992 hingga 1994.

Ummi Hafilda memberi tempoh dua minggu kepada Azmin dan Shamsidar untuk membuat laporan polis terhadapnya sekiranya dokumen itu palsu atau beliau sendiri akan menyerahkan dokumen tersebut kepada polis selepas tempoh tersebut.

Kata Ummi Hafilda, beliau juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memandang serius kes tersebut kerana aset itu diperoleh Azmin dan Shamsidar semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. - UTUSAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...