Translate

08/09/2011

NEGARA BERKEBAJIKAN PAS – AHLI TERBIAR DAN TUKAR HALUAN


MARANG - Sungguh terkejut dan menyedihkan. En. Mazlan atau nama panggilannya LAN telah mengambil keputusan untuk terus keluar daripada kepompong ulat-ulat yang sungguh menjijikkan. Sejak berkecimpung didalam PAS, beliau menyatakan bahawa setiap kali perjumpaan diadakan hanyalah ungkapan yang sungguh dahsyat dihamburkan oleh pemimpin-pemimpin PAS, iaitu pangkah PAS masuk syurga dan pangkah UMNO masuk neraka.


Selain daripada itu, sejak beliau melibatkan diri didalam PAS, pemimpin-pemimpin PAS dan AJK-AJK peringkat negeri atau daerah tidak mengambil tahu langsung tentang masalah-masalah yang dihadapi atau yang ditanggung oleh pengikut-pengikutnya. Kemiskinan terus merudum  kemiskinan, dan melarat, yang kaya terus kaya raya.


Beliau tinggal bersendirian dirumahnya Kg. Seberang Marang, dan tiada mempunyai pekerjaan. Hanya mampu yang diberikan oleh pemimpin2 PAS adalah OMONG-OMONG KOSONG saja.  Beberapa kali beliau cuba untuk memohon bantuan daripada DS Hadi untuk membaiki rumah beliau yang telah usang dan hampir tersembam ke bumi, namum janji tinggal janji saja. 


Tujuh penggal PAS memerintah Daerah Marang, namun begitu dipersekitaran kawasan perkampungan yang diduduki oleh pengikut-pengikut PAS adalah tak ubah seperti penempatan pelarian SOMALIA.  Kebersihan tidak diutamakan dan semak samun dibiarkan begitu saja hingga menyelubungi kawasan rumah.

Beliau sendiri merasakan tiada gunanya meneruskan kehidupan bersama PAS hanya manis dibibir tapi busuk dihati dengan mengeluarkan ungkapan-ungkapan hanya berbentuk fitnah dan merosakan akidah masyarakat.   Zaman dan berubah bukan hidup didalam zaman batu lagi.

BAGAIMANA KALAU NAK MELAKSANAKAN NEGARA BERKEBAJIKAN, SEDANG PERKARA YANG SEKECIL INI PUN TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN ?????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...