Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Isnin, 25 Julai 2011

NEGARA KEJAM DAN ZALIM PALING SELAMAT

View Image

Cuba baca kenyataan dibawah ini yang dikeluarkan oleh GPI 2011 dimana Malaysia menduduki tangga yang ke 19 negara paling selamat di seluruh dunia.

Apa lagi yang dimahukan oleh pengkhianat-pengkhianat Bangsa, Agama dan Negara ? Adakah kepentingan diri sendiri belum tercapai atau memiliki hati yang cukup busuk melihat kemampuan pemimpin yang berwibawa memerintah negara ini?




Walaupun ada pihak tidak henti-henti cuba memburukkan imej negara ini, kajian Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.

Malaysia juga diletakkan negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia. Ini julung kali Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan antara enam negara bukan Eropah menduduki 20 tempat teratas di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.

Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga 38 pada 2008 sebelum memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-26 pada 2009 ke tempat ke-22 pada 2010 dan ke-19 pada 2011.

Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.

Petunjuk itu dipilih panel ahli akademik antarabangsa, ahli perniagaan, dermawan dan anggota institusi keamanan bagi tempoh 15 Mac 2010 hingga 15 Mac 2011. Kajian menyatakan Malaysia mengambil alih kedudukan Singapura yang tersenarai sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara pada 2010, kini tempat kedua serantau dan 24 keseluruhan.

Ia diikuti Vietnam di tempat ke-30 keseluruhan, Laos (32), Indonesia (68), Thailand (107), Myanmar (133) dan Filipina (136). Dalam kalangan negara maju, United Kingdom menduduki tangga ke-26, Korea Selatan (50), China (80) dan Amerika (82).-22/7/2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...