Translate

24/12/2010

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong 11


Yang di-Pertuan Agong
Img agung11 2.gif
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
Yang di-Pertuan Agong ke-11
Raja Permaisuri AgongTuanku Siti Aisyah binti Abdul Rahman
NegeriSelangor
KeputeraanMac 1922
Kemangkatan21 November 2001
Kuala Lumpur
Mula jawatan26 April 1999
Tamat jawatan21 November 2001
Penyandang terdahuluTuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Penyandang kemudianSyed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (26 April 1999 - 21 November 2001). Yang di-Pertuan Agong ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Baginda menjadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960-2001).

Isi kandungan

 [sorok]

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong 10


Yang di-Pertuan Agong
Img agung10 2.gif
Al-Marhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Agong ke-10
Raja Permaisuri AgongTunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
NegeriNegeri Sembilan
Keputeraan19 Julai 1922
KlangSelangor
Kemangkatan27 Disember 2008
Mula jawatan26 April 1994
Tamat jawatan25 April 1999
Penyandang terdahuluSultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah
Penyandang kemudianSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah
Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (19 Julai 1922 - 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesepuluh. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922 di bandar diraja KlangSelangor. Baginda merupakan putera kedua bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

Isi kandungan

 [sorok]

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong 9


Yang di-Pertuan Agong
Img agung9 2.gif
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu
Yang di-Pertuan Agong ke-9
Raja Permaisuri AgongTuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
NegeriPerak
Keputeraan19 April 1928
Batu GajahPerak
Kemangkatan-
Mula jawatan26 April 1989
Tamat jawatan25 April 1994
Penyandang terdahuluSultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Penyandang kemudianTuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeriPerak Darul Ridzuan. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan AgongMalaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994
Baginda dilahirkan pada 1928 di Batu GajahPerak. Baginda adalah anaknda Sultan Yussuff Izzuddin Shah.

Isi kandungan

 [sorok]

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong 8


Yang di-Pertuan Agong
Img agung8 2.gif
Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Yang di-Pertuan Agong ke-8
Raja Permaisuri AgongSultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
NegeriJohor
Keputeraan8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru,Johor
Kemangkatan22 Januari 2010
Mula jawatan26 April 1984
Tamat jawatan25 April 1989
Penyandang terdahuluSultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
Penyandang kemudianSultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah
DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi[1][2][3][4][5] (8 April 1932-22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan AgongMalaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.
Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar,[6] kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong,[7]ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam.[8] Meskipun demikian, Sultan Iskandar terkenal kerana keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata, dan daripada itu disanjung tinggi oleh ramai, khususnya orang Melayu dan Orang Asli.[9]
Sultan Iskandar juga digeruni sebagai pendisiplin tegas yang sanggup meluahkan pendapat peribadi mengenai perihal kerajaan. Dari segi peribadi, rakyat taklukan yang pernah menghadap Sultan Iskandar pada akhir hayat baginda menyifatkan baginda sebagai insan yang ramah mesra[10] dan pemurah.[11] Bagaimanapun, suatu ketika ada pihak yang mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran,[12][13] dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda,[14] termasuk dilucutkan pangkat Tunku Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah yang dikatakan berlaku dari 1970-an hingga dan 1990-an yang tersiar dalam akhbar sehingga memarahkan orang awam.[15][16]
Sewaktu muda dahulu, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmud"[17][18] atau nama penuhnya "Mahmud Iskandar". Sungguhpun nama "Mahmud" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada ahun 1981,[19]namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmud Iskandar" sekali-sekala.[20][21]

DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong 7


Yang di-Pertuan Agong
Img agung7 2.gif
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah
Yang di-Pertuan Agong ke-7
Raja Permaisuri AgongTengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang
NegeriPahang
Keputeraan24 Oktober 1930
Istana Mangga Tunggal, Pekan,Pahang
Kemangkatan-
Mula jawatan26 April 1979
Tamat jawatan25 April 1984
Penyandang terdahuluSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
Penyandang kemudianSultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketujuh, memerintah negara dari 26 April 1979 sehingga 25 April 1984.
Sultan Haji Ahmad Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal di Pekan, Pahangpada 24 Oktober 1930.
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Pekan dan kemudian di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Walau bagaimanapun, pembelajaran baginda terganggu ekoranPerang Dunia II. Sultan Haji Ahmad Shah turut mempelajari bahasa Jepun ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.
Pada 1944, ketika berusia 14 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang. Apabila peperangan tamat, baginda meneruskan pembelajaran baginda di Sekolah Clifford Kuala Lipis dan tinggal bersama orang kebanyakan di asrama sekolah. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu.
Pada 1948, Sultan Haji Ahmad Shah meneruskan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worcester College, Oxford. Baginda turut masuk ke University College, Exeter, Devon bagi kursus Pentadbiran Tempatan. Ketika menduduki kursus tersebut, baginda menjalani latihan di Majlis Daerah Perbandaran di Sidmouth untuk tiga tahun.
Ketika berusia 35 tahun, Sultan Haji Ahmad Shah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Batalion Infantri Tentera Persekutuan yang berpengkalan di Kem Batu 5, Mentakab. Perkhidmatan baginda terhadap ketenteraan dan rakyat jelata membuatkan baginda dikagumi rakyat yang menyifatkan baginda putera rakyat yang amat prihatin.
Sultan Haji Ahmad Shah telah dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 6 Mei 1975.
Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Tengku Hajah Afzan binti Tengku Muhammad pada 22 April 1954. Pasangan diraja itu dikurniakan tujuh orang anak, dua orang putera dan lima orang puteri. Selepas kemangkatan Tengku Afzan pada 29 Jun 1988, Sultan Haji Ahmad Shah mengahwini Sultanah Hajah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.
Sultan Haji Ahmad Shah telah menjadi Kelua Lembaga bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak Februari 1983.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...