Yang di-Pertuan Agong | |
Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail | |
---|---|
Yang di-Pertuan Agong ke- | 8 |
Raja Permaisuri Agong | Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja |
Negeri | Johor |
Keputeraan | 8 April 1932 Istana Semayam, Johor Bahru,Johor |
Kemangkatan | 22 Januari 2010 |
Mula jawatan | 26 April 1984 |
Tamat jawatan | 25 April 1989 |
Penyandang terdahulu | Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar |
Penyandang kemudian | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah |
DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail al-Khalidi[1][2][3][4][5] (8 April 1932-22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan AgongMalaysia yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981.
Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar,[6] kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong,[7]ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam.[8] Meskipun demikian, Sultan Iskandar terkenal kerana keprihatinan baginda terhadap rakyat jelata, dan daripada itu disanjung tinggi oleh ramai, khususnya orang Melayu dan Orang Asli.[9]
Sultan Iskandar juga digeruni sebagai pendisiplin tegas yang sanggup meluahkan pendapat peribadi mengenai perihal kerajaan. Dari segi peribadi, rakyat taklukan yang pernah menghadap Sultan Iskandar pada akhir hayat baginda menyifatkan baginda sebagai insan yang ramah mesra[10] dan pemurah.[11] Bagaimanapun, suatu ketika ada pihak yang mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran,[12][13] dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda,[14] termasuk dilucutkan pangkat Tunku Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah yang dikatakan berlaku dari 1970-an hingga dan 1990-an yang tersiar dalam akhbar sehingga memarahkan orang awam.[15][16]
Sewaktu muda dahulu, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmud"[17][18] atau nama penuhnya "Mahmud Iskandar". Sungguhpun nama "Mahmud" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada ahun 1981,[19]namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmud Iskandar" sekali-sekala.[20][21]