Translate

31/12/2010

WANITA YANG DIMURKAI ALLAH

PERKARA YANG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA 


1. Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman, "Hiduplah dengan apa yang kau suka."


2. Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim. 


3. Perempuan yang memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.


4. Wanita yang jahat lebih buruk dari 1000 orang lelaki yang jahat. 


Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & Rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua.  Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama kerana merasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat.   Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yang bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yang dianugerah kan dengan tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kepada manusia... 




WANITA KE NERAKA

Gambar hanya hiasan
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di zaman Rasulullah, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.


Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:


"Assalamualaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'


Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami."



Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar

2. Banyak bersedekah.


29/12/2010

Kenangan Lama - Rakan-Rakan Seperjuangan

Mengingat kembali rakan-rakan seperjuangan di dalam PDRM sejak 35 tahun yang lalu.  Sama-sama berjuang menegakkan undang-undang serta keamanan negara.  Ketika itu kami semua bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor.  Kami semua telahpun bersara dan menjalani penghidupan baru sebagai orang awam.  Gambar dirakamkan pada 27/12/2010 dipejabat Tuan Haji Hamzah bin Hussein di Taman Perindustrian, Segamat Baru, Segamat, Johor.  
Dari kiri: Puan Sri Tan, Puan Norlia, Tuan Haji Hamzah, Tuan Ismael Alabas dan En. Hussein


28/12/2010

Kereta Antik Bernilai Jutaan Ringgit

 Beberapa buah kereta antik kepunyaan Tan Sri Tan Beng Tong dari Segamat Johor telah berjaya menarik perhatian blogger semasa berkunjung ke pejabat Tan Sri pada 28/12/2010.  Diantara kereta-kereta antik yang dimaksudkan adalah sepertimana berikut:

Kereta antik jenis ford BAN 97 yang dilengkapkan dengan cukai jalan terbaru,
yang uniknya menggunakan spot rim yang diperbuat daripada kayu.

AYAM HALIA LADA HITAM

Ayam Halia Lada Hitam


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam dipotong 16 bahagian
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk lumat)
2 ulas bawang putih, hiris halus
30 g halia muda, hiris halus
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
2 camca teh kicap cair
Sedikit gula pasir
3 cawan air
1/2 camca teh minyak bijan
1 camca teh minyak masak
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dibersihkan, buang kulitnya dan cucuk ayam tadi dengan garfu. Cuci bersih, tos dan gaul dengan bawang putih dan halia tumbuk tadi, perap sekurang2nya 2 jam.
  2. Panaskan minyak dan minyak bijan dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hiris hingga layu, tambah lada hitam tumbuk, masukkan ayam tadi, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air, kacau rata dan tambah kicap cair. Biar mendidih.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam empuk dan kuah pekat. Tambah gula dan rasa jika kurang masin tambah sedikit lagi kicap cair. Kacau rata dan masak lagi sekejap. Angkat dan taburkan dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi hangat....

ASAM PEDAS IKAN & NENAS

Asam Pedas Ikan & Nenas


BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 kepingan ikan merah (kalau kepala ikan lagi besss)
1 biji nenas madu, kupas dan potong serong
1/2 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
1/2 inci halia, diketuk
1/2 inci lengkuas, diketuk
800 ml air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan dicuci bersih dan toskan. Nenas dicuci, kupas, buang empulur dan potong serong. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan nenas dan kacau hingga rata dan masak sekejap.
  3. Tuang air, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan biar ikan masak. Tambah jus asam jawa, garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin rasa (sesapa nak letak serbuk perasa pun ok). Biar mendidih perlahan 1 - 2 minit. Rasa dan jika ok boleh matikan api...

UBI REBUS & SAMBAL TUMIS

Ubi Rebus & Sambal Tumis


BAHAN UNTUK SAMBAL TUMIS CUKA :-)
1 genggam ikan bilis, cuci dan rendam 10 minit, toskan
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 camca besar cuka makan
1 1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1/2 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan*(*kisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, masukkan ikan bilis dan cuka, kacau rata.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar dan sedikit air, masak hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ubi rebus tadi....air kopi jangan lupa...hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...