Rabu, 29 Disember 2010

Kenangan Lama - Rakan-Rakan Seperjuangan

Mengingat kembali rakan-rakan seperjuangan di dalam PDRM sejak 35 tahun yang lalu.  Sama-sama berjuang menegakkan undang-undang serta keamanan negara.  Ketika itu kami semua bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor.  Kami semua telahpun bersara dan menjalani penghidupan baru sebagai orang awam.  Gambar dirakamkan pada 27/12/2010 dipejabat Tuan Haji Hamzah bin Hussein di Taman Perindustrian, Segamat Baru, Segamat, Johor.  
Dari kiri: Puan Sri Tan, Puan Norlia, Tuan Haji Hamzah, Tuan Ismael Alabas dan En. Hussein



Tan Sri Tan Beng Tong dan En. Hussein Johari bergambar dipejabat Tan Sri

Dari kiri: Tuan Ismael Alabas, En. Hussein Johari, Tuan Haji Hamzah Hussein, En. Abd. Latiff Sulaiman dan En. Yap Ah Peng






Didoakan kesemua rakan karib ini beroleh kesejahteraan  dan sentiasa sihat-sihat selalu hendaknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...