Dalam buku Barry Wain, yang
bertajuk “Malaysian Maverick”, dalam empat skandal kewangan dalam tempoh pimpinan
Mahathir jumlah kerugian yang dialami oleh Malaysia dianggarkan bernilai
RM100 bilion.
■ Mantan Perdana Menteri Tun
Mahathir semakin rimas dengan isu skandal kewangan semasa 22 tahun pimpinan
beliau akan terbongkar.
■ Dr Rosli Yaakop, bekas
Timbalan Gabenor Bank Negara telah tampil memberikan maklumat berkenaan skandal kerugian
pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM30 bilion. Dr Rosli telah
memberikan empat nama dalam “forex scandal elite club masters”;
1. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,
2. Mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin,
3. Bekas Gabenor Bank Negara Allahyarham Jaffar Hussein dan;
4. Nor Mohamed Yaacob Mantan Menteri Dalam Jabatan Perdana
Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Malaysia.
