Translate

Memaparkan catatan dengan label Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi. Papar semua catatan

16/06/2014

Yusof Al-Qardhawi mengesahkan Gelatin Haiwan Termasuk Babi, Halal Dimakan ???



Shah Alam – Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.

Memetik kenyataan daripada laman rasmi ulama tersebut, beliau menjawab kekeliruan pengguna, terutamanya dari masyarakat Islam berkenaan status halal sesuatu produk yang dicampuri unsur mengelirukan termasuk haiwan tersebut.

“Di sana terdapat perkara yang dilupakan oleh banyak pihak iaitu isu transformasi bahan (perubahan zat). Kami berkata: Apabila sesuatu najis ditransformasikan, ia menjadi suci, iaitu sesuatu bahan itu mungkin pada asalnya adalah babi, kemudian ia bertransformasimenjadi sesuatu bahan yang lain – asalnya ialah babi tetapi ia diambil dan ditransformasikan menjadi sesuatu yang lain – contohnya menjadi sabun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...