Hampir 80 firma kawalan keselamatan pajak lesen kepada kongsi gelap
KUALA LUMPUR,
21 April: Pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa terdapat sesetengah syarikat
kawalan keselamatan yang tidak dinafikan diurus oleh kumpulan kongsi gelap yang
menggunakan syarikat berkenaan sebagai topeng melindungi aktiviti haram diakui
kebenarannya oleh Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia
(PPKKM).
PPKKM, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang
mewakili kepentingan pengawal keselamatan mengakui pembabitan kongsi gelap
itu berlaku melalui pemajakan lesen.
