PETALING JAYA: Sukar untuk memiliki 'sugar
baby' sendiri? Terima kasih kepada Internet kerana salah seorang daripada mereka mungkin boleh
menjadi milik anda dengan bayaran serendah RM400.
Menerusi tawaran
tertentu, golongan lelaki kaya atau 'sugar daddy' akan membayar sejumlah wang
kepada gadis muda untuk menemani mereka termasuk tawaran seks kini menjadi
perkara biasa.
Proses penawaran itu
boleh dilihat laman web tertentu serta iklan dalam talian.
Menyamar sebagai 'sugar
daddy', 'sugar mummy' atau 'sugar baby', wartawan The Star bertanya beberapa
soalan kepada secara dalam talian kepada beberapa gadis termasuk penuntut
universiti yang menawarkan perkhidmatan itu.
