ALOR SETAR - Parti baharu yang bakal ditubuhkan
hasil cetusan idea gabungan Pasma dan kumpulan bekas pimpinan Pas, G18
diibaratkan sebagai samurai baharu kepada politik pembangkang.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa,
Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib
berkata, istilah itu diberikan kerana pemimpin berkenaan mempunyai semangat
‘kamikaze’ iaitu sanggup mati dalam Pas, asalkan hidup bersama PR.
“Penubuhan parti baru memang diperlukan pada masa
ini. Pas semestinya tidak berapa gemar kelompok yang tewas terus popular dalam
parti itu.
