PUTRAJAYA
- Seorang lelaki warga negara Lubnan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) bagi membantu/ siasatan kes SINDIKET PENGELUARAN SIJIL
PERTAULIAHAN PALSU menggunakan nama beberapa
institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.
Saspek
berusia 36 tahun itu merupakan individu ke tujuh yang ditahan dalam siasatan
kes ini.
Menurut
sumber, suspek yang juga merupakan pengarah sebuah syarikat percetakan
dipercayai merupakan salah seorang ejen yang mendapatkan pelanggan yang ingin membeli
sijil pertauliahan palsu tanpa perlunya menghadiri kursus tersebut.
Saspek
tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 8.40 malam
semalam.
"Pasukan
penyiasat masih sedang MENGENALPASTI DALANG UTAMA SINDIKET ini
yang bertanggungjawab untuk mencetak sijil-sijil palsu tersebut,” katanya.
Katanya,
siasatan juga mendapati TERDAPAT ORANG-ORANG KENAMAAN
DENGAN GELARAN TURUT TELAH MEMBELI SIJIL-SIJIL PERTAULIAHAN PALSU
tersebut.
