Translate

Memaparkan catatan dengan label Rumah Mampu Milik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah Mampu Milik. Papar semua catatan

07/06/2014

INIKAH RUMAH MAMPU MILIK GENERASI MUDA ???



KUALA LUMPUR – Generasi muda masa kini bakal berhadapan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri dan mereka mungkin terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah di negara ini semakin meningkat.

Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Amir Baharuddin berkata, sepanjang tahun lalu harga rumah di Malaysia dilaporkan telah naik kira-kira 30 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia naik lagi pada suku pertama tahun ini.

02/11/2011

Timbang kuota 20 peratus untuk golongan muda

Image Detail

KERAJAAN Terengganu diharap dapat mempertimbangkan pemberian kuota 20 peratus kepada golongan muda untuk membeli rumah di bawah program Rumah Mampu Milik (RMM) yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin ketika mencadangkan demikian berkata, perkara itu perlu sebagai satu inisiatif kerajaan negeri kepada golongan berkenaan di negeri ini yang rata-rata masih tidak mempunyai rumah sendiri.

30/05/2011

Skim Pinjaman Perumahan Untuk Golongan Yang Tidak Mempunyai Pendapatan Tetap

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Sebuah skim pinjaman perumahan akan diperkenalkan di seluruh negara khusus untuk warga emas dan golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai skim itu dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini untuk memudahkan warga emas yang berusia 50 tahun ke atas dan golongan yang berkerja sendiri untuk memiliki sebuah rumah kos rendah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...