Translate

Memaparkan catatan dengan label Respond Time. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Respond Time. Papar semua catatan

26/05/2011

Ketua Polis Negara Mahu Tempoh Bertindak Kereta Peronda Dipercepatkan


SHAH ALAM, 25 Mei (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mahu tempoh bertindak kereta peronda polis dipercepatkan daripada masa yang ditetapkan sekarang iaitu tidak melebihi 12 minit.

Sebagai contoh, katanya, masa bertindak sesebuah kereta peronda yang berada dalam satu kilometer daripada tempat kejadian perlu sampai ke lokasi tidak melebihi empat minit daripada masa laporan diterima.


"Ini adalah satu cabaran yang boleh jadi kenyataan. Ianya tidak mustahil untuk dicapai, jika ada kesungguhan dan komitmen anggota-anggota PDRM (Polis DiRaja Malaysia) yang diamanahkan untuk menjalankan tugas tersebut," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan 10 kereta Proton Inspira oleh Proton Holdings Bhd kepada polis, di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...