MARANG — Seramai 1,800 peserta sukan ekstrim dijangka menyertai cabaran Kejohanan Drive Ride (DR) 4X4 Ranggok Antarabangsa di trek lasak, Kampung Gong Cempedak, di sini bermula Jumaat hingga Ahad (9-11 Mac) ini.
Kejohanan yang diadakan julung kali dan menawarkan hadiah keseluruhan RM31,000 itu bakal memperlihatkan cabaran peserta tempatan dan luar negara termasuk dari Indonesia, Thailand dan Australia.