Perhimpunan perwakilan UMNO Bahagian Marang telahpun selesai dalam suasana yang ceria. Namun disetiap jiwa perwakilan UMNO Bahagian Marang tetap terpahat serta menyakitkan hati diatas ucapan perasmian yang disuarakan oleh Naib Presiden UMNO YB Dato’ Seri Hishamuddin.
Sebagai Naib Presiden UMNO tidak sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan yang begitu pedih serta menyentuh disanubari disetiap perwakilan UMNO Bahagian Marang bahawa biarlah DUN Rhu Rendang dipegang oleh PAS, manakala kita (UMNO) perlu mengambil alih pimpinan di BAHAGIAN PARLIMEN saja !!!!. Adakah ini bentuk nasihat atau semangat yang dikeluarkan oleh seorang pemimpinan yang disanjung ????