KUALA LUMPUR,
13 Mac: Tindakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin mengkritik
kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka, dikecam dan
disifatkan tidak wajar.
Malah, Mohamed
Hanipa juga dilihat bersikap angkuh, kerana apabila ditegur berhubung perkara
itu, Ahli Parlimen Sepang itu seolah-olah memberi reaksi “acuh tak acuh”.
Menurut Ketua
Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, perbuatan Mohamed Hanipa mengkritik Presiden parti
tidak seharusnya berlaku di kalangan ahli PAS, kerana tindakan itu boleh
memperluaskan lagi jurang perpecahan di kalangan ahli.