Lelaki amuk di JPM dakwa dia 'Imam Mahadi'
KUALA LUMPUR 9 Julai
- Lelaki bersenjatakan pedang samurai yang menyerang Kompleks B,
Jabatan Perdana Menteri Putrajaya petang tadi dilaporkan mati.
Sebelum ini, lelaki cedera
di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri apabila anggota polis
terpaksa melepaskan tembakan.
Kejadian itu berlaku
apabila mereka dikatakan cuba membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana
Menteri Putrajaya apabila menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang
samurai.
Seorang lelaki bertubuh
sasa dan tidak berbaju bersama pasangannya berhijab hitam masuk di pondok
pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang