Hampir 300 ahli PKR Cabang Kemaman akan keluar parti sekiranya calon ketua cabang yang mereka sokong, Ramlee Hamzah kalah dalam pemilihan parti itu.
Bekas Ketua Ranting Jakar, Teow Chew Huat berkata, tindakan itu sebagai tanda protes kerana bekas Naib Ketua PKR Cabang Kemaman, Lee Sang Liem, 58, digugurkan daripada menjadi calon timbalan ketua cabang pada saat akhir.
Katanya, berikutan itu segelintir ahli PKR Cabang Kemaman tidak berpuas hati kerana Sang Liem seolah-olah dianiaya sedangkan beliau kuat bekerja untuk parti.