Kenapa siasat saya, kata Sanjeevan lepas dedah skandal seks pegawai polis
Pengerusi MyWatch S Sri Sanjeevan
hari ini mempersoalkan mengapa dia yang harus disiasat selepas mendedahkan
skandal seks pegawai kanan polis.
Sanjeevan berkata kepada The
Malaysian Insider dia menerima surat dari bahagian Sekretariat (Disiplin) Ketua
Polis Negara bertarikh 8 Julai bahawa dia disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun
Keseksaan di mana perkataan atau perbuatan bertujuan menghina seseorang.
"Pendedahan saya melalui MyWatch
dikira sebagai berniat menghina seseorang," katanya merujuk kepada surat
itu.
