Selepas empat tahun mengacara program hiburan popular, Melodi, Zizan Razak khabarnya akan mengundur diri dan tempatnya digantikan dengan pengacara wanita.
Siapakah orangnya? Haa... yang Sha dapat tahu, dua nama disebut-sebut. Kemungkinan besar pengumuman mengenai Zizan bukan lagi pengacara Melodi dibuat hujung bulan ini.
Kebetulan kontrak Zizan tamat dan tidak akan diperbaharui. Sebab musababnya pun kurang pasti tapi Sha dengar ia ada kaitan dengan bayaran tinggi yang diminta jika mahu mengekalkan pelakon dan pelawak ini sebagai hos program itu.
Sha tak tahu sama ada harga itu diletakkan Zizan atau pengurusan barunya.
